Resipi Ayam Sambal Taucu

June 19, 2023

Sumber gambar : Keratan suratkhabar Utusan Malaysia

BAHAN UTAMA
7 ketul kepak ayam ( boleh juga guna ikan)
5 tangkai cili besar
7 tangkai cili padi (kalau taknak pedas boleh kurangkan kuantiti)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu taucu (tak perlu basuh, ambil jenis yang berketul dan tidak hancur)
Sedikit gula
2 asam keping
Sedikit sos tiram
Daun ketumbar

BAHAN PERAPAN AYAM
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN 
Kisar semua cili besar, cili padi, bawang besar dan bawang putih. Perap ayam dengan bahan perapan ayam, kemudian goreng hingga kekuningan. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau. Masukkan asam keping kemudian perasakan dengan sos tiram dan gula. Masukkan taucu, kacau sebati dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Setelah masak, taburkan daun ketumbar dan hidangan ini telah sedia dihidang. 

*Resipi ini adalah kredit daripada keratan suratkhabar Utusan Malaysia 10 Jun 2023, disediakan oleh Puan Tiyah D. Kadir. Facebook : Dapur Tiyah - Instagram : @dapurtiyah - TikTok : @dapurtiyah




You Might Also Like

1 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍