Sumber gambar daripada Google Images |
Bahan-Bahan Utama
Bahan A
265gm tepung naik sendiri
40gm tepung gandum biasa
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Bahan B
140gm gula perang
125ml susu
2 biji telur - dipukul
50gm mentega - dicairkan
3 biji pisang besar - dilenyekkan
Cara-Cara Penyediaan
Panaskan ketuhar pada suhu 180⁰ celcius. Ayak semua bahan A. Dalam mangkuk lain, campurkan kesemua bahan B dan kacau sehingga sebati. Adun dengan campuran bahan A dan kacau sehingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Bakar dalam ketuhar selama 45 sehingga 50 minit. Angkat dan boleh dihidangkan.