Resipi Sambal Tempoyak Bilis Petai

July 15, 2024

-Picture generated by AI-

BAHAN UTAMA
Segenggam ikan bilis
1 biji bawang Holland (dihiris halus)
Sesenduk tempoyak manis
Sesenduk tempoyak masam
Garam dan perasa 
Semangkuk petai (dibelah tengah ; perlu dimasak dulu untuk elakkan sakit perut)
Sehelai daun kesing / cemomok / pijat (jika ada)
700ml air

BAHAN KISAR
7 biji cili api (kalau nak rasa lebih pedas boleh tambah)
Kunyit hidup

CARA PENYEDIAAN
Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. Tumiskan hirisan bawang Holland sehingga naik bau dengan menggunakan minyak yang sama. Kemudian masukkan tempoyak manis dan tempoyak masam dan selepas itu masukkan air. Setelah itu, masukkan daun kesing / cemomok / pijat dan perasakan dengan garam serta perasa. Sambal ini perlu dimasak lama sehingga pekat dan naik bau. Kemudian masukkan petai dan setelah masak, tutupkan api dan biarkan sejuk seketika. Apabila sambal telah sejuk, barulah masukkan ikan bilis yang digoreng tadi untuk kekalkan kerangupannya. 






You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍