Marinara Seafood

March 21, 2018


Bahan-Bahan Utama
Aneka makanan laut
1 sudu teh oregano
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk parsli
300gm spageti - dicelur
100gm krim
Perasa cukup rasa

Bahan-Bahan Sos Marinara
1 biji tomato
1 tin tomato puri
1 tin tomato pronto
1 biji bawang holland - dipotong dadu
Sedikit minyak masak

Cara Penyediaan
Tumis makanan laut bersama minyak masak dan masukkan semua bahan kering. Setelah itu, letakkan sedikit air untuk mengeluarkan aroma. Masukkan sos marinara dan krim. Masak sehingga sebati dan masukkan perasa dan kemudian diiringi dengan spageti. Apabila masak, tutup api dan hidangkan. 

Sos Marinara
Masak bawang holland bersama minyak masak sehingga naik bau. Seterusnya masukkan tomato yang dipotong dadu, dan masak seketika. Masukkan tomato pronto dan tomato puri serta masak sehingga sebati, kemudian tambahkan serbuk perasa.

Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍