Bihun sup bersusu salmon

October 11, 2018


Bahan-Bahan Utama
2 sudu besar minyak masak
2 inci halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dicincang
2 cawan air 
1 biji tomato - didadu
1 sudu kecil stok ikan
1 keping ikan salmon - digoreng terlebih dulu
¼ cawan susu sejat
1 tangkai sawi - dipotong 1 inci panjang
2 sudu kecil sos ikan
Sedikit garam
1 hiris bihun - direndam sehingga lembut

Cara Penyediaan 
Panaskan minyak di dalam kali. Tumiskan halia sehingga layu. Tuangkan air ke dalam periuk dan masukkan tomato bersama stok ikan. Apabila mendidih, masukkan batang sawi ke dalam sup. Masukkan ikan salmon yang telah digoreng tadi dan masak sekejap. Tuangkan susu sejat dan sos ikan. Letakkan bihun ke dalam mangkuk dan tuangkan sup tadi. Taburkan daun bawang di atasnya apabila dihidangkan.






You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍