Sup telur brokoli

June 05, 2018

Bahan-Bahan Utama
1 liter air
2 biji telur
100gm brokoli - dipotong kecil
3 ulas bawang putih - cencang halus
2 inci halia muda - diketuk
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan
Panaskan sesudu teh minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Tuangkan air dan halia kemudian didihkan. Masukkan brokoli dan telur (yang dipecahkan di dalam mangkuk terlebih dulu, jangan dipukul rata). Didihkan beberapa minit sehingga semua bahan menjadi masak. Kemudian tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa, kacau sehingga sebati dan sedia dihidangkan. 

ツDapurcengkihツ

You Might Also Like

2 Notes

  1. menarik...boleh la cuba untuk sahur nnti...

    ReplyDelete
  2. Naiss.. boleh cuba ni😊😊 tak pernah try menu ni

    ReplyDelete

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍