Rojak Buah Stor Versi Terengganu

May 12, 2026


BAHAN UTAMA
Buah Stor (Jika negeri lain mungkin dikenali sebagai buah Sentul / buah Setoi) - dikupas dan direndam dengan garam untuk hilangkan getah.

UNTUK KUAH
9 ekor ikan selayang (kalau mahu kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
½ cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 ½ liter air

CARA PENYEDIAAN

UNTUK MEMBUAT KUAH
Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat. Masukkan 1 ½ liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.Cedokkan 2 atau 3 senduk kuah ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul-ketul. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ini perlu ada rasa masam, manis dan pedas.

CARA HIDANGAN
Setelah kuah menjadi suam-suam kuku, barulah diletakkan buah stor ke dalam periuk dan biarkan buah tersebut sebati di dalam kuah. Enak dimakan ketika sejuk.

* Juga enak dimakan bersama-sama dengan keropok keping..

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍