Salted egg chicken wing

May 22, 2018

*Sumber gambar daripada Google


Bahan-Bahan Utama
Bahan A
8 ketul kepak ayam
½ cawan tepung *semua jenis tepung dibolehkan
1 sudu kecil lada putih
½ sudu kecil garam
½ cawan minyak untuk menggoreng

Bahan B
2 biji kuning telur masin (simpan telur putih untuk digunakan sebagai salutan)
2 tangkai cili padi
3 tangkai daun kari
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu sejat
½ sudu besar gula - pilihan

Cara-Cara Penyediaan
Perap ayam dengan garam dan lada putih sekurang-kurangnya mininum 2 jam. Rendamkan kepak ayam dengan putih telur masin dan kemudian gaulkan dengan tepung. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng kepak ayam yang bersalut sehingga masak. Kemudian, toskan dan letakkan kepak ayam tersebut di atas tuala kertas. Kukus kuning telur masin selama 3 hingga 4 minit, kemudian keluarkan dan pecahkan telur kuning tersebut dengan garpu sehingga lumat. Cairkan mentega dalam kuali, tumis daun kari dan cili padi sehingga wangi. Tambah kuning telur masin dan kacau campuran tersebut sehingga mejadi buih-buih halus. Masukkan susu sejat, gula dan kepak ayam. Kacau dan gorengkan sehingga sebati. Setelah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍