Teh Masala
May 22, 2018Sumber gambar daripada Google Images |
Bahan-Bahan Utama
500ml air
1 helai daun pandan - disimpul
3cm halia
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
5 uncang teh
½ cawan susu segar
2 sudu besar gula perang
Cara-Cara Penyediaan
Rebus air bersama daun pandan, halia buah pelaha, bunga cengkih dan lada hitam sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan uncang teh. Biarkan selama 10 minit. Keluarkan daun pandan dan uncang teh. Masukkan susu segar dan gula. Kacau dan hidangkan.
ツDapurcengkihツ
0 Notes
✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍