Stew ikan dan suhun
June 05, 2018Sumber gambar daripada Google Images |
Bahan-Bahan Utama
Bahan A
3 cawan air
3 keping isi ikan merah @ kerapu @ jenahak
1 batang lobak merah - dihiris bulat
50gm suhun - rendam dan toskan
Daun bawang - cencang halus
Bawang goreng - cencang halus
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Bahan B
5 ulas bawang putih - tumbuk lumat
1 inci halia muda - tumbuk lumat
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Cara Penyediaan
Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan B sehingga naik bau. Masukkan air dan biarkan mendidih, kemudian masukkan ikan dan lobak merah dan didihkan beberapa minit lagi sehingga ikan menjadi masak. Masukkan suhun, garam dan lada sulah secukup rasa. Taburkan cencangan daun bawang dan bawang goreng ketika dihidangkan.
ツDapurcengkihツ
0 Notes
✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍