Sup ayam berkrim
June 05, 2018Sumber gambar daripada Google Images |
Bahan-Bahan Utama
1 liter air rebusan ayam
2 cawan isi ayam yang telah direbus dan disiat halus
1 cawan krim masakan
¼ cawan tepung gandum
120gm mentega
2 batang lobak merah - didadu kecil
2 batang saderi - cencang halus
1 labu bawang Holland - cencang halus
2 tangkai parsli
2 tangkai daun thyme
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Cara Penyediaan
Panaskan mentega di dalam periuk dan tumiskan bawang, saderi dan lobak merah sehingga menjadi layu. Masukkan tepung gandum dan kacau rata. Tuangkan air rebusan ayam dan didihkan. Masukkan ikatan daun herba (thyme, parsli yang diikat sekali) kemudian masukkan ayam yang telah direbus. Tuang krim masakan dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa. Setelah masak, keluarkan daun herba dan sup sedia dihidangkan.
ツDapurcengkihツ
1 Notes
Boleh cuba ni, nampak sedap..anak pun suka makan.
ReplyDelete✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍