Butter Milk Prawn

January 10, 2018

Related image

Bahan-Bahan Utama

Bahan Untuk Udang
400gm udang besar
¼ sudu kecil garam
¼ sudu kecil lada putih
2 sudu besar tepung

Bahan Untuk Sos Mentega
80gm mentega
2 batang daun kari
5 biji cili padi (dicencang)
100ml susu krimer
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
¼ sudu kecil lada putih
½ sudu kecil serbuk pati ayam

Cara Penyediaan
Perapkan udang dengan garam dan lada putih selama 20 minit kemudian gaulkan dengan tepung. Gorengkan udang ke dalam kuali panas, toskan minyak dan ketepikan. Cairkan mentega ke dalam kuali. Tumiskan daun kari dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan susu krimer dan bahan perisa lain, masak sehingga sos menjadi pekat. Masukkan udang yang telah digoreng dan gaul sebati di atas api kecil. Sedia untuk dihidangkan. 

Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas nota yang diberikan.. ✍