Nabeyaki Udon

January 15, 2018

Image result for Nabeyaki Udon

Bahan-Bahan Utama
250gm mi udon (boleh didapati di pasaraya)
100gm aneka bebola ikan (dicelur)
1 kiub pati ayam
1 batang daun bawang
3 biji cendawan shitake
Hirisan rumpai laut (dihiris halus | untuk hiasan)

Bahan Untuk Sup
500ml air
3 sudu makan kicap Jepun (souyu)
2 sudu teh gula
10 ekor ikan bilis putih

Cara Penyediaan
Masukkan air, cendawan shitake dan ikan bilis ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama lima minit dan kemudian keluarkan cendawan dan ikan bilis, ketepikan. Masukkan kiub pati ayam, daun bawang, kicap Jepun dan gula. Sebatikan dan biarkan mendidih sekali lagi. Angkat dan hidangkan bersama mi udon dan aneka bebola ikan yang telah dicelur. Hiaskan dengan hirisan rumpai laut dan sedia dihidangkan.

Dapurcengkih

You Might Also Like

1 Notes

✍Terima kasih di atas nota yang diberikan.. ✍