Homemade Overnight oatmeal

January 16, 2021

Homemade Overnight oatmeal

Bahan Utama
1 mangkuk oatmeal rolled oat
5 sudu besar plain yogurt
500ml air soya (saya guna jenama Homesoy)
3 sudu besar madu

Bahan Tambahan
Beberapa hirisan buah-buahan pilihan (saya pilih buah anggur)

Cara Penyediaan
Masukkan oatmeal ke dalam mangkuk, kemudian masukkan yogurt. Selepas itu, masukkan air soya sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata. Kemudian masukkan hirisan buah-buahan pilihan dan akhir sekali masukkan madu ke dalam adunan tadi. Kacau adunan hingga sebati dan sekiranya masih terlalu pekat, masukkan lagi air soya sehingga adunan tadi menjadi lembut. Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam bekas kaca, hiaskan dengan hirisan buah-buahan dan simpan di tempat beku.




You Might Also Like

2 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍