Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali

September 11, 2021


BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan siakap - nak hilang hanyir ikan, basuh guna air perahan limau purut.
2 labu bawang - dihiris kasar
4cm halia - dihiris kasar
3 biji tomato - dibelah suka hati awak... hihi
2 tangkai cili merah - dihiris halus
2 tangkai cili padi - dihiris halus
3 biji limau nipis - diperah jusnya dan biji dibuang
3 cawan air
Sedikit perasa Maggie Cukup Rasa
Daun bawang - untuk hiasan taburan


CARA PENYEDIAAN

Mula-mula masukkan minyak masak, kemudian masukkan bawang dan halia. Tumiskan sehingga menjadi layu. Kemudian masukkan air dan kacau sebati. Masukkan hirisan cili dan kacau lagi. Kemudian masukkan ikan siakap, kacau sebati dan siramkan air rebusan ke atas ikan agar sebati dan sekata. Jangan kacau secara kasar kerana takut isi ikan jadi hancur. Kemudian masukkan air perahan limau dan kacau sebati. Masukkan hirisan tomato dan kacau sebati. Untuk percepatkan ikan masak, tutup kuali itu dan kecilkan api. Apabila mendidih, masukkan serbuk Maggie Cukup Rasa, kacau sebati dan siramkan air rebusan ke atas ikan agar menjadi sekata. Renehkan selama 3 minit dengan menggunakan api kecil. Setelah masak, angkat dan hiaskan dengan daun bawang. Sedia dihidangkan dengan nasi panas.






You Might Also Like

5 Notes

  1. Salam ziarah.. Maaf ya ada catatan menarik tentang blog saya di laman ini.

    Mybe saya Terlepas pandang..
    Menarik resrpi

    ReplyDelete
  2. sedapnya. nak masak menu ni tak berapa pandai takut hancur ikan. haha. so biasanya makan kat kedai je..

    ReplyDelete
  3. sedapnya. nak masak menu ni tak berapa pandai takut hancur ikan. haha. so biasanya makan kat kedai je..

    ReplyDelete
  4. Suka tengok video masak2, tp xpandai2 masak hahaha btw nampak sedap

    ReplyDelete

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍