Ayam buttermilk
February 20, 2018
Bahan-Bahan Utama
3 keping filet ayam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Bahan B (salutan)
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
¼ sudu kecil lada putih
Garam secukupnya
Bahan C (sos buttermilk)
200ml susu segar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil susu pekat manis
1 biji cili padi | dihiris
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan
Campurkan kesemua Bahan B, gaul rata dan ketepikan. Pecahkan telur, kemudian celupkan filet ayam ke dalam telur. Seterusnya salutkan ayam tersebut ke dalam campuran Bahan B tadi. Goreng ayam tersebut hingga keperangan, kemudian angkat dan toskan. Untuk membuat sos buttermilk, panaskan minyak di dalam kuali yang lain. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan daun kari. Setelah ianya naik bau, masukkan susu segar dan biarkan sehingga mendidih. Selepas itu masukkan susu pekat manis, garam, gula dan cili padi ke dalam kuah tersebut. Didihkan seketika, perlahankan api dan masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah tersebut. Setelah masak, tuangkan kuah tadi ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.
0 Notes
✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍