Salad oren

February 04, 2018

Bahan-Bahan Utama
Bahan A
100gm daun pegaga (dibersihkan)
2 biji oren (diambil isi dan dipotong memanjang)
5 biji buah zaitun hitam (dipotong bulat)
1 biji bawang merah (dihiris)
Sedikit bijan hitam dan putih (disangai seketika)

Bahan B
1 sudu makan gula melaka
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 batang kulit kayu manis
Garam dan lada sulah secukupnya
4 sudu makan minyak zaitun
5 biji limau nipis (diambil jus dan parutan kulit)

Cara Penyediaan
Masukkan kesemua bahan B kecuali jus limau nipis ke dalam periuk. Renehkan selama lima minit sehingga gula larut. Angkat dan sejukkan. Setelah sejuk, masukkan jus dan parutan kulit limau nipis dan gaul rata. Masukkan daun pegaga, hirisan oren, buah zaitun dan bawang merah ke dalam mangkuk. Sudukan bahan B dengan secukupnya dan gaul rata. Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan hitam dan putih ke atas hidangan. Sedia dimakan. 
Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍