Nasi daging

February 28, 2018

Related image

Bahan-Bahan Utama
300 gram daging - rebus dengan sedikit halia
2 cawan beras basmati - rendam seketika
1 cawan susu segar
2 cawan air rebusan daging
1½ biji tomato - potong dadu
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga)
2 sudu rempah kurma
1 batang serai - diketuk
1 helai daun pandan - disimpul dan dikoyakkan sedikit
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - diketuk
Sedikit garam

Cara Penyediaan
Panaskan minyak, masukkan serai dan rempah 4 sekawan dan tumis sehingga naik bau. Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumiskan lagi sehingga menjadi layu dan kekuningan. Kemudian masukkan rempah kurma dan gaul sehingga rata. Tambahkan tomato yang dipotong dadu tadi serta daun pandan, kacau rata. Selepas itu, bolehlah masukkan beras basmati dan tumis seketika. Tuangkan air rebusan daging dan susu kemudian kacau sehingga menjadi rata. Akhir sekali masukkan daging dan sedikit garam, tutup periuk dan tanak nasi seperti biasa. 

Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍