Char kuey teow

February 28, 2018



Bahan-Bahan Utama
Bahan A
12 ekor udang
1kg kuey teow
6 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar cili giling
50 gram daun kucai
100 gram taugeh
4 biji telur
Minyak masak

Bahan B
1 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar petis udang
½ sudu minyak bijan
1 sudu kecil lada sulah

Cara Penyediaan
Panaskan minyak, tumis udang hingga menjadi merah. Kemudian, masukkan bawang putih dan cili giling dan tumis sehingga menjadi garing. Selepas itu, masukkan kuey teow yang sudah dilerai dan dibasuh dan kacau sehingga sebati. Masukkan kesemua bahan B tadi dan gaul sehingga sebati. Ketepikan kuey teow, masukkan sedikit minyak dan telur, kemudian kacau sehingga menjadi separuh masak. Gaulkan bersama dengan kuey teow sehingga sebati. Masukkan daun kucai dan taugeh, kacau lagi sehingga sebati dan terus tutup api bagi mengelakkan taugeh menjadi layu. Angkat dan hidangkan.

Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍