Search The Cooking Menu

Sup kentang bakar

Image result for potato baked soup


Bahan-Bahan Utama
4 biji kentang russet (dipotong dadu kecil)
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh daun rosemary
½ cawan tepung gandum
1 sudu makan mentega
250gm daging kisar
6 cawan susu segar
130gm keju cheddar (diparut)
Garam dan serbuk lada hitam
100gm yogurt

Cara Penyediaan
Gaul ubi kentang bersama dengan minyak zaitun dan daun rosemary. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180⁰ celsius selama 40 minit. Setelah masak, lenyekkan kentang itu dan ketepikan. Campurkan daging kisar dengan tepung gandum. Panaskan mentega dalam kuali dan goreng daging kisar tue sehingga masak. Angkat dan ketepikan. Panaskan mentega, masukkan susu segar dan kacau sehingga rata. Masukkan ubi kentang yang dilenyek tadi ke dalam campuran susu diikuti dengan daging kisar dan keju. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam dengan secukupnya. Tuangkan ke dalam mangkuk sup dan hiaskan dengan yogurt dan keju.


Dapurcengkih

0 Notes:

Post a Comment

✍Terima kasih di atas nota yang diberikan.. ✍

Entri Terkini

 
Jom Kita Masak-Masak Blogger Template by Ipietoon Blogger Template