Nasi cendawan

February 28, 2018

Related image

Bahan-Bahan Utama
1 cawan beras
2 ulas bawang merah - dicincang
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3cm halia - dihiris halus
4 biji cendawan butang - dipotong kecil
3 biji cendawan shiitake - dipotong kecil
2 sudu besar mentega
1 cawan air
50ml susu sejat berkrim
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara Penyediaan
Cairkan mentega dan tumis bawang putih, bawang merah serta halia sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan cendawan butang, cendawan shiitake dan kacau sehingga cendawan menjadi lembut. Seterusnya masukkan beras dan kacau sehingga menjadi sekata. Kemudian, masukkan air, susu sejat berkrim, garam dan lada hitam secukup rasa, kacau sehingga rata, dan tanak nasi itu sehingga menjadi masak. Angkat dan hidangkan.


Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas nota yang diberikan.. ✍