Spaghetti cabonara

February 20, 2018


Image result for spaghetti carbonara

Bahan-Bahan Utama
1 paket spaghetti | direbus
10 keping daging pepperoni | dipotong memanjang\
1 biji kuning telur
3 ulas bawang putih | dicencang
50gm daun parsli | dicencang
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar keju parmesan
250ml krim masakan
½ sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Cara Penyediaan
Panaskan minyak zaitun dan goreng kepingan daging pepperoni sehingga kering sedikit, angkat dan ketepikan. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau. Masukkan krim masakan, garam, serbuk lada hitam, keju parmesan dan daun parsli, kacau sehingga rata. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan kuning telur dan gaul sehingga kuah menjadi pekat. Kemudian, masukkan daging pepperoni dan gaul seketika. Setelah api ditutup, masukkan spaghetti yang telah direbus ke dalam pinggan dan tuangkan kuah ke atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas nota yang diberikan.. ✍