Search The Cooking Menu

Kroket ubi kentang

Related image

Bahan-Bahan Utama
4 biji kentang
1 sudu besar mentega
½ labu bawang besar | dipotong dadu
150 gram daging cincang
2 biji telur | dipukul
Sedikit serbuk roti kuning
Sedikit tepung
Minyak untuk menggoreng
Garam dan serbuk lada sulah

Cara Penyediaan
Rebus ubi kentang sehingga empuk, kupas dan lenyekkan dengan garfu. Masukkan sedikit bancuhan telur supaya kentang dapat dibentuk. Panaskan mentega, tumiskan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging dan kacau supaya ianya tidak menjadi ketul. Bila sudah masak, tambahkan garam dan serbuk lada sulah. Ambil dua sudu besar kentang yang dilenyek dan buat bentuk bulat dan masukkan inti daging cincang tadi, kemudian bentukkan kentang tadi menjadi bujur sedikit. Salutkan dengan bancuhan tepung, diikuti dengan bancuhan telur dan diakhiri dengan serbuk roti. Goreng dalam minyak yang penuh sehingga kekuningan. Sedia untuk dihidangkan.

Dapurcengkih

0 Notes:

Post a Comment

✍Terima kasih di atas nota yang diberikan.. ✍

 
Jom Kita Masak-Masak Blogger Template by Ipietoon Blogger Template