Jem Pandan Berkrim

January 10, 2018

Image result for jem kaya pandan

Bahan-Bahan Utama
8 sudu besar krimer manis
200gm air
160gm gula melaka
8 helai daun pandan
3 biji telur
3 biji kuning telur

Cara Penyediaan
Masukkan krimer manis, air, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk dan didihkan. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam bekas dan gaul sebati. Tuangkan separuh campuran yang telah dididihkan sedikit demi sedikit ke dalam bekas yang berisi telur tadi dan sentiasa gaulkan untuk mengelakkan telur menjadi masak. Tuangkan balik campuran telur ke dalam periuk menggunakan penapis dan masak semula selama 20 minit atau sehingga menjadi pekat. Masukkan jem ini ke dalam bekas untuk disejukkan sebelum disimpan ke dalam peti sejuk. Sedia dihidangkan bersama roti bakar. 

Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍