Kebab Koobideh
January 10, 2018
Bahan-Bahan Utama
Bahan Kebab
800gm daging ayam | kambing (dicencang)
1 biji bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
4 inci halia (dikisar)
¼ sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk paprika | serbuk cili
100gm susu krimer (digaul dengan 2 sudu besar jus limau)
2 sudu besar minyak masak
12 batang serai (diketuk)
Sos Kebab
100gm susu krimer
2 sudu besar jus limau
2 sudu besar mayonis
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
Cara Penyediaan
Kebab - Campurkan semua ramuan kecuali serai ke dalam mangkuk dan perapkan ke dalam peti sejuk selama semalaman. Ambil segenggam daging dan kepalkan pada batang serai. Dengan api yang sederhana, renjiskan sedikit minyak ke atas kuali pemanggang dan panggang kebab sehingga masak. Sedia dihidangkan.
Sos Kebab - Campurkan semua bahan sos ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Sos sedia dihidangkan bersama Kebab Koobideh.
ツDapurcengkihツ
0 Notes
✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍