Karamel krim dengan aiskrim strawberi
January 09, 2018
Bahan-Bahan Utama
Bahan Gula Hangus
½ cawan gula pasir
½ cawan air
Bahan Puding
700ml susu tepung penuh krim (dicampur dengan air untuk dijadikan anggaran 700ml)
¾ cawan gula
Sedikit esen vanila
1 sudu makan tepung kastard
7 biji telur
Cara Penyediaan
Untuk buat gula hangus, gaulkan kesemua bahan gula hangus di dalam loyang bulat. Masak atas api paling perlahan dan biarkan gula menjadi hancur dan menjadi kuning keemasan. Angkat dan biarkan kira-kira seminit sehingga gula hangus itu menjadi sejuk. Masukkan bahan-bahan untuk puding tadi dan gaulkan sehingga gula hancur kemudian tapiskan adunan tadi. Pastikan adunan tidak berbuih. Kemudian, masukkan ke dalam loyang yang telah diisi gula hangus tadi. Setelah itu, kukus karamel selama 15 sehingga 20 minit. Angkat dan hidangkan.
ツDapurcengkihツ
0 Notes
✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍