Mi Soba
January 15, 2018
Bahan-Bahan Utama
1 paket mi soba (dicelur sehingga lembut)
Sedikit rumpai laut kering (dihiris halus)
Daun bawang secukupnya
Bahan Untuk Sup
4 cawan air
8cm kombu (dikenali sebagai kelp@rumpai laut kering)
⅟₃ cawan kicap Jepun (souyu)
1½ sudu teh gula
1½ sudu teh serbuk dashi atau bonito flakes kering
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
Masukkan ar dan kombu ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih anggaran lima minit kemudian keluarkan kombu. Kemudian masukkan serbuk dashi, kicap Jepun dan gula. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tambah garam secukupnya. Padamkan api. Letakkan mi soba yang telah direbus ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah. Jika suka, boleh tambahkan dengan aneka bebola, hirisan ayam, telur atau kek ikan. Hiaskan dengan hirisan rumpai laut dan daun bawang dan sedia dihidangkan.
ツDapurcengkihツ
0 Notes
✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍