Ayam Masak Kicap

December 10, 2017


Bahan-Bahan Utama
Setengah ekor ayam (boleh dipotong mengikut selera awak)
Dua gelas air 
Sedikit minyak (supaya ayam tidak melekat di kuali)
Kicap manis Cap Kipas Udang (ikut suka awak mahu pakai kicap apa tapi saya memang sedap guna kicap ini)

Cara Penyediaan
Panaskan minyak ke dalam kuali dan apabila minyak dipanaskan, masukkan ayam sedikit demi sedikit dan kacau dengan rata bagi mengelakkan ayam ini melekat di kuali. Kemudian masukkan kicap manis Cap Kipas Udang dan kacau rata. Setelah itu, masukkan air dan renehkan dalam keadaan api yang sederhana. Ayam ini perlu dikacau selalu bagi meratakan kicap. Setelah kicap hampir kering, angkat ayam ini ke dalam mangkuk. Selamat mencuba.

Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍