Cheesy Fried Sausage
December 08, 2017
Bahan-Bahan Utama
5 batang sosej ayam
10 keping keju cheddar
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan susu segar
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk pati ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
Lidi sate secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan
Satukan tepung gandum, garam, serbuk pati ayam dan serbuk lada hitam kemudian gaul dengan rata. Masukkan telur diikuti dengan susu segar, bancuh sehingga sebati dan adunan tidak berketul. Ambil sosej kemudian balut dengan kepingan keju. Ulang langkah ini sehingga semua bahan habis. Cucuk gulungan sosej tadi dengan menggunakan lidi sate. Celup dalam bancuhan tepung tadi sehingga rata. Panaskan minyak dan goreng sosej sehingga bertukar warna keperangan. Angkat dan nikmati bersama sos.
*Sumber daripada Majalah Rasa
ツDapurcengkihツ
0 Notes
✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍