Puding Karamel Telur

December 10, 2017


http://dapurcengkih.blogspot.com


Bahan-Bahan Utama
Untuk Karamel
½ cawan gula
1 cawan air

Untuk Puding
6 biji telur
1 tin susu cair
½ cawan gula
1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan
Untuk Karamel
Cairkan gula ke dalam kuali dengan api sederhana. Bila warnanya berubah keperangan, masukkan air dan kacau sebati. Kemudian, angkat dan letakkan ke dalam loyang puding nanti. 

Untuk Puding 
Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan kacau perlahan untuk mengelakkan buih pada bahan puding ini. Kemudian, tapiskan bahan ini dan masukkan ke dalam loyang yang berisi sos karamel. Kukus selama 45 minit. Setelah masak, sejukkan terlebih dulu sebelum diletakkan dalam peti sejuk. Sedia dihidangkan.


dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍