Rojak Betik

December 09, 2017


Image result for rojak betik terengganu

Bahan-bahan Utama
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
½ sudu teh kapur makan (untuk mengeraskan betik yang disagat tadi)
2 biji timun

Untuk Kuah
9 ekor ikan selayang (kalau mahu kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
½ cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 ½ liter air


Cara Penyediaan
Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi. Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis-nipis.

Untuk Membuat Kuah
Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat. Masukkan 1 ½ liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.Cedokkan 2 atau 3 senduk kuah ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul-ketul. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ini perlu ada rasa masam, manis dan pedas.

Untuk Hidangan
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan.. 

* Juga enak dimakan bersama-sama dengan keropok keping..



Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍