Tauhu Sumbat Ayam
December 08, 2017
Bahan-Bahan Utama
5 keping tauhu
3 keping dada ayam
2 biji cili besar (dicincang)
1 tangkat daun sup (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dicincang)
2 biji telur
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Cara Penyediaan
Goreng tauhu pada kadar separa masak. Angkat tauhu, belah dua dan keluarkan isi tauhu. Ketepikan. Goreng dada ayam separa garing. Kemudian angkat dan tumbuk isi ayam dan isi tauhu sehingga hancur, lebih senang boleh 'blend'. Campurkan cili besar, daun sup, bawang besar, garam dan lada sulah. Gaul rata dan sumbat dalam kulit tauhu yang telah dikeluarkan isi tadi. Pukul telur dan celupkan tauhu yang disumbat isi ayam. Gorengkan tauhu sehingga berwarna keemasan. Angkat dan hidang dengan sos kegemaran.
*Sumber daripada Majalah Rasa
0 Notes
✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍