Tepung Pasung @ Kuih Serunai

December 09, 2017

SUMBER GAMBAR : GOOGLE IMAGES

Bahan-Bahan Utama (*hidangan untuk 20 biji)
Bahagian Bawah
300gm gula merah
1 biji telur
200gm tepung beras
100gm tepung sagu
2 cawan santan pekat

Bahagian Atas
500gm tepung beras
2 cawan santan pekat
½ sudu teh garam

Daun pisang secukupnya (layur dahulu)
Bilah lidi yang ditajamkan (1 inci setiap satu)

Cara Penyediaan
Potong bulat 9 inci daun pisang. Kemudian potong daun yang telah bulat itu kepada dua (semi sfera). Gulung dari kiri ke kanan membentul seperti kon.Sematkan dengan lidi. Sementara itu sediakan kukusan. Setelah mendidih letakkan kelongsong daun pisang di dalam celah lubang pengukus. Dalam mangkuk besar campurkan kesemua *bahagian bawah. Adun hingga sebati. Dalam mangkuk besar lain adunkan *bahagian atas hingga sebati. Sendukkan bahagian bawah dan masukkan ke dalam kelongsong daun pisang. Isi separuh kelongsong dan kukus hingga ¾ masak. Kemudian sendukkan pula bahagian atas dan kukus hingga masak. Siap untuk hidangan.



Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍