Takoyaki
December 07, 2017
Bahan-Bahan Utama
2 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
4 biji telur
4 cawan air
2 sudu teh serbuk dashi atau serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 cawan kubis cincang
Jejari ketam atau sosej secukupnya (dipotong kecil)
Minyak untuk mengoles acuan
Bahan sos
1 cawan sos tomato
2cm halia (ditumbuk halus)
1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
¾ cawan kicap cair
½ cawan gula
¼ cawan air asam jawa
Bahan hiasan
Mayonis secukupnya
Bonito flakes secukupnya
Cara penyediaan
Bancuh tepung gandum bersama tepung jagung, telur, air, serbuk dashi dan garam sehingga sebati dan tidak berketul. Oleskan minyak pada kuali takoyaki dan isikan bancuhan tepung sehingga separuh acuan. Letakkan hirisan jejari ketam dan sosej, kemudian taburkan kubis cincang. Isikan bancuhan tepung tadi sehingga memenuhi ruang acuan. Bentukkan takoyaki menjadi bulat dan masak sehingga garing. Untuk sos, satukan semua bahan ke dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana sehingga pekat kemudian angkat dan sejukkan.
Untuk menyediakan takoyaki, susun bebola takoyaki di dalam pinggan dan tuangkan sos takoyaki. Paipkan mayonis dan taburkan bonito flakes dan ianya sedia dihidangkan.
*Sumber daripada Majalah Rasa
ツDapurcengkihツ
0 Notes
✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍