Popia Vietnam
December 08, 2017
Bahan-Bahan Utama
1 paket kulit popia Vietnam
Bahan Inti
100gm hirisan isi dada ayam (direbus dan ditos)
200gm isi udang yang dibuang kepala dan kulit (dicelur)
100gm bihun (celur)
Daun selasih secukupnya
Daun pudina secukupnya
Tauge secukupnya
Daun salad secukupnya (dipotong kecil)
Daun ketumbar secukupnya (dihiris)
Garam secukupnya
Air secukupnya
Bahan Sos
5 biji cili padi merah dan hijau (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan gula
3 sudu makan jus lemon
2 sudu makan sos ikan
3 sudu makan air panas
Cara Penyediaan
Siapkan semua bahan inti di dalam dulang dan ketepikan. Rendam kulit popia dalam air panas seketika, angkat dan toskan. Letakkan kulit popia yang telah direndam di atas pinggan leper. Isikan inti tadi mengikut kreativiti. Lipatkan kiri dan kanan kulit popia. Gulung sehingga ke hujung seperti membuat popia biasa. Masukkan di dalam bekas dan ketepikan. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan sos dan kacau sehingga rata. Hidangkan bersama popia yang telah siap tadi.
*Sumber daripada Majalah Rasa
0 Notes
✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍