Rojak Ayam Terengganu
December 09, 2017
Bahan-Bahan Utama
¼ ekor ayam
3 biji telur rebus [dibelah empat]
3 keping tauhu [goreng dan potong nipis]
½ biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
½ biji salad lectucce
500gm mee kuning [celurkan sikit]
Untuk Kuah Kacang
½ kg kacang tanah (digoreng, kemudian buang kulit dan blend kasar)
½ cawan air asam jawa
½ cawan gula merah
½ cawan minyak
Garam secukup rasa
Untuk Di 'blend'
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
½ inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Cara Penyediaan
Ayam dipotong dua dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil. Semua sayuran dipotongkan kecil. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.
Cara Penyediaan Kuah
Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak. Hidangkan dengan rojak ayam.
ツDapurcengkihツ
0 Notes
✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍