Kastard mangga berkrim

December 29, 2017


Bahan-Bahan Utama
4 biji mangga masak
150gm serbuk kastard segera (instant custard powder)
400ml jus mangga
50gm krim putar (whipp topping)
200gm buah mangga (dipotong dadu)

Cara Penyediaan
Buah mangga dibersihkan dan dipotong sedikit atasnya. Korek di bahagian tengah isinya. Untuk membuat kastard mangga, tuangkan jus mangga ke dalam mangkuk kecil dan masukkan serbuk kastard segera dan kacau sehingga pekat. Masukkan krim putar dan buah mangga (lebihan buah mangga yang dikorek tadi dan dipotong dadu). Kacau sehingga sebati. Isikan adunan kastard ke dalam buah mangga. Hiaskan mengikut kreativiti dan sedia dihidangkan. 

Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍