Ayam Masak Stew
December 10, 2017
Bahan-Bahan Utama
Setengah ekor ayam (ikut suka awak nak potong camne)
1 ulas bawang holland (potong empat)
3-4 biji bunga cengkih
1 kulit kayu manis
2 sudu serbuk maggie secukup rasa
2 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji lobak merah
Sedikit lada sulah
Sedikit tepung jagung (dibancuh dengan air untuk tujuan memekatkan stew)
Cara Penyediaan
Goreng ayam tanpa garam dengan kadar separa masak. Kemudian angkat dan ketepikan. Dengan mengunakan minyak yang sama semasa goreng ayam, gorengkan bawang holland, bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan air, ayam yang dah digoreng, ubi kentang. lobak merah, lada sulah dan serbuk maggie secukup rasa dan tunggu sehingga mendidih.. Setelah mendidih, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air kemudian kacau sebati. Kemudian, kecikkan api dan renehkan dalam masa 15 minit atau sehingga ayam itu masak sepenuhnya.. Angkat dan hidangkan dengan nasi ataupun roti.
ツDapurcengkihツ
0 Notes
✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍