Kwek Kwek
December 08, 2017
Bahan-Bahan Utama
15 biji telur puyuh (rebus dan buang kulit) *Anda boleh gantikan telur ayam jika suka*
Sedikit tepung ubi kayu (untuk salut telur)
Minyak masak
Bahan Bancuhan Tepung
1 cawan tepung gandum
150ml air
2 biji telur
150ml air sejuk
Pewarna oren
Lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan Sos
2 sudu makan cuka
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan sos tomato
3 sudu teh kicap manis
Cara Penyediaan
Masukkan tepung gandum bersama serbuk lada sulah dan garam di dalam mangkuk dan gaul rata. Masukkan air secukupnya dan kacau lagi. Titikkan beberapa titik pewarna oren dan gaul sebati. Ketepikan. Panaskan kuali. Gaulkan telur puyuh dalam bekas berisi tepung ubi kayu. Celupkan telur tadi di dalam adunan tepung gandum. Gorengkan di atas api sederhana sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan dan kacau rata. Hidangkan bersama Kwek-Kwek.
*Sumber daripada Majalah Rasa
ツDapurcengkihツ
0 Notes
✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍