Nasi Dagang Terengganu

December 08, 2017


Bahan-Bahan Utama

Untuk Nasi
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 ½ cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
½ inci halia

Cara Penyediaan
Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. Biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap dan elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap. Kukus semula selama 20 minit lagi. Sementara itu hiris bawang dan halia halus-halus. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba. Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tidak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya. Boleh dihidangkan.

Resepi Gulai Ikan Tongkol (Ikan Aya Hitam)
Rebus ikan tongkol bersama beberapa asam keping dan juga garam. Jangan buang air rebusan. 

Nota kaki :
* Boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan nasi dagang dengan gulai telur rebus
* Lebih sedap guna ikan aya hitam dari ikan aya kurik

Bahan Gulai
1 sudu serbuk ketumbar
½ sudu serbuk jintan manis
½ sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili giling
1 paket rempah gulai Cap bunga Ros 15gm (nak sedap tambah lebih)
1½ liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
½ buku kecil gula melaka
Sedikit belacan
10 biji cili padi
Sedikit garam

Cara Penyediaan
Masak santan sehingga naik minyak. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.

Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang direbus. Jangan masukkan asam keping rebusan ikan sebab nanti masam. Biar kan beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

*Nota : Rempah gulai Cap Bunga Ros nie hanya ada di pasaran negeri Terengganu saja, negeri lain tak jual rempah nie, so kiranya limited edition la... 


Resepi Acar Timun
* 1 timun
* 1 lobak merah
* 2 tangkai cili merah
* 1 labu bawang besar [* SEMUA dihiris memanjang]
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka

Cara Penyediaan
Gaul sebati dan dihidang.



Dapurcengkih

You Might Also Like

1 Notes

  1. Sukanya ns dagang..pnh sekali try msk...okla...tk bp nk jd sgt..

    ReplyDelete

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍