Bubur Gandum

December 10, 2017


Bahan-Bahan Utama
200gm tepung gandum
santan 500ml
2 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
*dua biji telur - pilihan
Sedikit tepung jagung

Cara Penyediaan
Mula-
mula awak bahagikan kepada dua bahagian tepung gandum, maknanya setiap satu mengandungi 100gram tepung, bancuh dengan air dan secubit garam, titikkan pewarna yang awak suka (macam saya hari tue, guna pewarna kuning dan satu lagi bekas tak letak warna) dan gaul sebati seperti nak buat cekodok / jemput2.. Kemudian awak panaskan air dan tunggu sehingga air menggelegak. Bila dah gelegak, awak gumpalkan dalam satu sudu kecil dan masukkan tepung tue dalam air menggelegak, kiranya awak merebus tepung tersebut... Tunggu sehingga tepung tersebut naik terapung dengan sendirinya...

Bila dah rebus kesemua tepung, dengan air rebusan yang sama, awak masukkan santan, daun pandan, garam dan gula... Manakala yang bertanda *pilihan tue, saya pecahkan dan pukul telur tersebut dan masukkan telur secara perlahan2 di dalam air rebusan.. Kemudian masukkan tepung rebus tue tadi dalam air rebusan tue dan tunggu hingga mendidih..tapi awak kena selalu mengacau kuah bubur nie tadi kerana takut santan jadi pecah dan tak cantik...lepas tue awak masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air bagi memekatkan kuah bubur.. Lepas tue, siap dihidangkan...

* Oh ya! Gula tue awak boleh perasakan samada nak manis atau sederhana manis...dan satu lagi, sebenarnya untuk melikatkan tepung tue, awak perlu campurkan sedikit air kapur, tapi masa tue saya takde kapur makan..hihi



Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍