Fettuccine Prawn Curry Cabonara

December 22, 2017

Image result for fettuccine prawn curry carbonara

Bahan-Bahan Utama
4 paket pasta fettuccine (direbus)
50ml minyak zaitun
50gm bawang merah (dicincang)
30gm bawang putih (dicincang)
20gm rempah kari
5 biji lada benggala hijau (dihiris memanjang)
5 biji lada benggala merah (dihiris memanjang)
1 liter krim masakan
300ml susu segar
15gm parutan keju parmesan
1kg udang (dibersihkan)
Sedikit daun kari

Cara Penyediaan
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga masak. Masukkan rempah kari bersama daun kari. Gaul sehingga rata dan masak. Seterusnya masukkan krim masakan dan susu segar, tunggu sehingga mendidih.Masukkan udang dan masak sehingga udang masak sepenuhnya. Selepas itu, masukkan hirisan lada benggala dan keju parmesan. Akhir sekali masukkan pasta yang telah direbus dan gaul sekata. Untuk menghidang, hiris isi ayam dan letak di bahagian atas pasta.


Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍