Ketupat Sotong Terengganu

December 09, 2017

SUMBER GAMBAR : GOOGLE IMAGES


Bahan-Bahan Utama
1kg Sotong sederhana besar 
250gram beras pulut 
1 kotak santan 
1 inci halia dipotong halus 
5 ulas bawang merah dipotong halus 
Sesudu kecil halba 
Garam secukup rasa 
Lidi dipotong kecil 


Cara Penyediaan
Beras pulut di tanak, setelah masak biarkan sejuk. Masukkan pulut dalam anggaran ¾ penuh ke dalam sotong yg telah di bersihkan. Gunakan lidi untuk mengemaskan hujung sotong. Santan dicampur dengan halba, halia, bawang merah dan garam, masukkan sotong yang telah disiap ke dalam periuk. Api hendaklah kecil untuk mengelakkan santan naik. Angkat apabila sotong telah masak.

Cadangan Hidangan
Dimakan begitu sahaja @ bersama nasi putih


Tambahan:
* Kulit sotong yang berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang untuk mengelakkan hanyir. 
* Resepi dari Terengganu ini tidak menggunakan gula perang @ gula melaka @ gula seperti resepi Kelantan.




Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍