Sup cendawan

December 29, 2017



Bahan-Bahan Utama
100gm cendawan shitake (dihiris)
100gm cendawan butang (dihiris)
100gm cendawan putih (dihiris)
100gm bawang Holland (dipotong dadu)
100gm batang saderi (dipotong dadu)
100gm batang lobak (dipotong dadu)
100ml susu segar
3 cawan air stok ayam
1 sudu teh lada hitam
3 sudu teh serbuk pati ayam
250gm
mentega
1 cawan tepung

Bahan Untuk Hiasan
Daun sup (dihiris halus)
Roti bawang putih

Cara Penyediaan
Masak semua cendawan bersama bawang Holland dan lobak. Kemudian masukkan stok ayam dan biarkan ia mendidih. Sementara itu, masak mentega dan tepung untuk menjadi campuran tepung mentega (roux). Masukkan roux yang telah siap di dalam sup cendawan yang sedang mendidih sedikit demi sedikit sehingga ianya menjadi pekat. Selepas itu, masukkan sus, lada hitam, serbuk pati ayam ke dalam sup tersebut dan kacau sehingga sebati dan masak. Kemudian, sejukkan sup dan kisarkan sup tadi sehingga ianya tekstur halus. Masukkan ke dalam periuk semula dan biarkan ia mendidih seketika. Angkat dan sedia dihidangkan bersama dengan roti bawang putih.

Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍