Kuih Paung Goreng Terengganu

December 10, 2017



Bahan-Bahan Utama
½ kg tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [dihiris halus]
1 cawan santan
3 cm halia [dihiris halus]
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil gula
Garam secukupnya


Cara Penyediaan
Ikan direbuskan dan sejukkan. Ambil isi ikan dan hancurkan. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula. Gorengkan dalam minyak yang banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup). Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.

Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍