Search The Cooking Menu

Pulut Lepa Terengganu ( Pulut Panggang)



Bahan-Bahan Utama
300gm pulut (direndam semalaman)
125ml santan (dari 1 kelapa) 
Sedikit garam 
10-12 daun pisang bersaiz 18x18 cm (dilayur)
20-24 batang lidi (pencucuk) 

Untuk Inti
400gm ikan selayang / kembung (direbus, ambil isi dan tumbuk)
4 biji bawang merah (dicincang halus) 
½ biji kelapa parut
200 ml santan (½ kelapa) 
½ keping asam gelugur (kecil) 
½ sudu kecil serbuk lada hitam 
Sedikit gula 
Sedikit garam

Cara Penyediaan
Kukus pulut sehingga masak (30 minit). Angkat pulut dan gaulkan dengan santan yang telah dicampurkan garam dan gula. Kukus pulut tersebut selama 5 minit lagi. Angkat dan sejukkan.

Untuk Inti
Kacau semua bahan di dalam kuali hingga agak kekeringan (jika masih lembap). Angkat dan biarkan sejuk seketika



Dapurcengkih

0 Notes:

Post a Comment

✍Terima kasih di atas nota yang diberikan.. ✍

 
Jom Kita Masak-Masak Blogger Template by Ipietoon Blogger Template