Laksam Terengganu

December 08, 2017


Bahan-Bahan Utama

Untuk Kuah
Ikan selayang atau ikan sardin - 4 ke 5 ekor 
1 biji kelapa
Lada hitam 
Bawang merah 
Garam secukup rasa 

Untuk Laksam
Tepung beras - 1 paket 
Tepung gandum - 3 atau 4 sudu besar


Untuk Ulam
Tauge 
Timun (dirincik halus)
Kobis (dirincik halus)
Kacang Panjang (dipotong halus)
Daun kesom (dipotong halus)

Cara Penyediaan 

Untuk Kuah 
Rebus ikan. Asingkan isi ikan dan tumbuk hingga lumat dengan lada hitam dan bawang merah. Masukkan santan dan panaskan atas api. Jangan masak sampai mendidih.

Untuk Laksam 
Bancuh bahan dan tuangkan di atas tudung periuk. Kukuskan dan bila agak masak, kopek tepi laksam dengan sudu dan biarkan ia bergulung. Sejukkan dalam pinggan. Bila Sejuk baru potong. 

Cara hidangan
Masukkan laksam dalam pinggan, tabur ulam, sambal belacan dan tuang kuah. Perahkan limau nipis. Resepi asli, kuah dimasak tidak dicampur garam. Bila hendak dimakan, barulah diletakkan garam, cili boh dan belacan. Kepada yang tidak biasa, boleh juga sediakan sambal belacan.



  Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas nota yang diberikan.. ✍