Kuih Qasidah@Hasidah

December 08, 2017



Bahan-Bahan Utama
½ kg tepung gandum disangai (digoreng tanpa minyak) dan disejukkan

400gram gula pasir
700ml santan
8 biji telur ayang dikacau hingga rata
Sehelai daun pandan
2 sudu makan minyak sapi
10 ulas bawang merah dimayang halus dan digoreng hingga kuning (Simpan minyak bekas menggoreng ini)




Cara Penyediaan
Tepung dan gula digaul hingga rata. Masukkan santan. Kacau hingga sebati, pastikan tidak berketul dan bergentel. Masukkan telur yang sudah dikacau serta sehelai daun pandan. Gaul hingga sebati. Masak di atas api yang perlahan sambil sentiasa dikacau supaya tidak berkerak atau hangus. Kacau terus hingga kental. Apabila sudah kental dan tidak melekat, masukkan dua sudu makan minyak sapi dan kacau lagi hingga rata dan diangkat. Ambil adunan sejemput kecil lalu bulatkan, seterusnya dileperkan. Sepitkan tepinya dengan penyepit khas bagi membentuk bunga. Taburkan sedikit bawang goreng di atasnya dan renjiskan dengan minyak bekas menggoreng bawang tadi. Buat begini hingga selesai semuanya. SELAMAT MENCUBA !

p/s : Semasa proses membulat, meleper dan menyepit itu buatlah di atas sekeping plastik agar ia tidak melekat di tangan.


Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas ulasan yang diberikan.. ✍