Kuih Puteri Mandi

December 10, 2017


Bahan-Bahan Utama
1 paket tepung pulut
½ cawan tepung beras
2 ½ cawan air daun pandan

Untuk Inti
1 biji kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya

Cara Penyediaan
Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati.



Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas nota yang diberikan.. ✍