Tok Aji Serban Terengganu

December 09, 2017



Bahan-Bahan Utama
Lapisan Bawah
2 cawan pulut 
*Masak pulut seperti biasa, masak bersama sedikit santan cair dan sedikit garam untuk menambahkan lemak.

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
½ cawan gula putih
½ cawan gula merah 
3 biji telur 
1 sudu teh garam 

Cara Penyediaan
Lapisan Bawah (pulut) 
Kukuskan pulut sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari pengukus, mampatkan pulut tadi cantik-cantik. Ketika masih panas, tuangkan adunan atas dan masak semula.

Lapisan serbannya 
Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau sehingga sebati.
Tapis terlebih dahulu, kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi. Kukuskan lebih kurang 30 minit. Setelah sejuk, bolehlah dipotong kecil.



Dapurcengkih

You Might Also Like

0 Notes

✍Terima kasih di atas nota yang diberikan.. ✍